Friday, April 30, 2010

Red Warriors tunjuk garang
Oleh Haris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
2010/04/26

Sathia mula temui sentuhan selepas menewaskan negeri sembilan
Selepas permulaan goyah pada awal musim, kelantan sudah menemui rentak yang dicari-cari dengan meledakkan tiga gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sejak liga super kembali bersambung.


Terbaru, kl plus menjadi mangsa amukan the red warriors apabila tewas 3-0 di stadium mbpj yang dibanjiri lautan merah kelmarin, mengiringi kejayaan 3-0 ke atas kl di laman sendiri dan kemenangan 3-1 ke atas juara piala fa, negeri sembilan di gelanggang lawan. Tempoh rehat bagi memberi laluan buat piala fa digunakan sepenuhnya buat anak buah b sathianathan untuk menajamkan penyudah mereka dengan hasilnya adalah sembilan gol berbanding sebelumnya yang menyaksikan mereka gagal menemui gawang dalam empat perlawanan.

Empat perlawanan itu berakhir dengan seri tanpa jaringan, dengan ia menceritakan mengapa mereka kini berada di tempat ketiga, empat mata di belakang pendahulu, selangor dan satu mata ketinggalan dengan jiran pantai timur mereka, terengganu.

Kelantan juga berbangga dengan pertahanannya yang diiktiraf sebagai terbaik dalam liga selepas hanya bolos empat jaringan setakat ini.

“kita hanya tewas satu perlawanan setakat ini. Pemain sudah mula menemui sentuhan gol, diharapkan mereka dapat meneruskan prestasi ini bagi perlawanan akan datang. Perlawanan menentang saingan terdekat kami, terengganu dan selangor penting menentukan gelaran liga super,” kata sathia.
Bookmark and Share
Reade more >>

Thursday, April 29, 2010

Wednesday, April 28, 2010
Sukarnya tanpa Awang import
PETALING JAYA - ''Skuad Selangor sukar bersaing dalam Piala AFC tanpa adanya pemain import.''
Itu luahan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin menjelang pertemuan dengan Sriwijaya hari ini.

Tanpa mahu berselindung, beliau berkata, Selangor sudah cuba memberikan tentangan terbaik sepanjang beraksi dalam Kumpulan F.

Namun, hanya satu kemenangan sahaja yang berjaya dihasilkan dalam lima perlawanan oleh skuad Merah Kuning.

''Sebenarnya kedudukan yang dicapai oleh Selangor pada kempen Piala AFC sudah diagak kerana tanpa pemain import, kami sukar menyaingi kehebatan pasukan Sriwijaya dan Becamex Binh Duoang FC.
''Bukan saya mencari alasan ekoran kekalahan besar Selangor 0-4, kepada Becamex baru-baru ini tetapi kita tidak boleh menafikan kehadiran pemain import akan memberikan kesan kepada kekuatan pasukan,'' katanya di Wisma FAS.
Sambil memberikan rekod pencapaian Selangor dalam Piala AFC pada tahun 2006, Hamidin menegaskan, Selangor mampu mara ke peringkat suku akhir pada waktu itu kerana dibantu 'Awang' import.

''Namun, ia berbeza dengan waktu sekarang kerana kita terpaksa menggunakan pemain tempatan 100 peratus dan kami gagal melangkah ke pusingan seterusnya,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak berhasrat membawa perkara itu ke Majlis Tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

''Perlu diingat, larangan menggunakan pemain import adalah keputusan yang diterima secara majoriti dalam majlis tertinggi dan kita harus menghormatinya,'' katanya.

Sementara itu, menjelang pertemuan dengan Sriwijaya, Devan memberitahu, beliau tetap mahu menurunkan barisan terbaik dalam usaha mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam Piala AFC.

''Walaupun menyedari kami sudah terkeluar daripada persaingan, itu tidak bermakna kita akan mengambil mudah dalam perlawanan hari ini.

''Dijangka khidmat penjaga gol, Mohd. Hamsani Ahmad dapat diturunkan selepas berehat panjang namun kapten, Amri Yahyah masih cedera sementara Khairul Anuar Baharom pula menghadapi penggantungan perlawanan,'' jelasnya.

Bagi jurulatih Sriwijaya, Rahmat Dermawan, dia tetap menghormati pasukan Selangor yang disifatkannya agak kuat jika beraksi di Stadium Shah Alam.

''Kami tidak akan bermain secara lewa kerana mahu kekal di tangga teratas kumpulan tetapi jika seri atau menang tipis 1-0, itu pun sudah mencukupi,'' katanya.
Reade more >>